Penglibatan Ibrahim Hussein

  1. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (1971-1973)
  2. Pelukis Undangan di Universiti Malaya (1970-1977)
  3. Menguruskan Festival Seni Asia Pertama di Bali, Indonesia (1987)
  4. Menguruskan Festival Seni Asia Kedua di Cherating, Pahang Darul Makmur (1988)
  5. Pakar rujuk “Académie Européenne des Sciences, des Arts et des Lettres, Paris” (1987)
  6. Menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah pada tahun 1997 bagi tujuan pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. MYSIH merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama sepertinya di dunia, sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan dunia kesenian dan kebudayaan. Ia menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.
  7. Penglibatan di dalam Forum Seni Antarabangsa di Venice, Itali (1991)
  8. Menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa di Davos, Switzerland (1994-1995, 1997 $ 2005)
  9. Menguruskan Festival Seni Antarabangsa di Langkawi, Malaysia (2000)

Berkaitan